Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama SRM Institute of Science & Technology, India, telah menganjurkan AI For Sustainable Future: Generative AI, ML & DL Bootcamp pada 28 hingga 30 Oktober 2025 bertempat di UKM. Program selama tiga hari ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh jalinan akademik dan pembangunan bakat kejuruteraan rentas sempadan melalui pendekatan pembelajaran holistik yang menggabungkan kuliah, bengkel teknikal, lawatan industri dan aktiviti kolaboratif.
Attachments
- Link: https://www.ukm.my/jkees/jkees-news/bulletin-jkees/
- Photo/File: PKAS-Buletin-JKEES-3a.pdf