Memperkasa Bahasa, Memacu STEM: Projek Makmal STEM-Maker Sekolah Rendah Daerah Sepang 2025

Memperkasa Bahasa, Memacu STEM: Projek Makmal STEM-Maker Sekolah Rendah Daerah Sepang 2025

Dalam landskap pendidikan abad ke-21, penguasaan STEM tidak lagi boleh dipisahkan daripada keperluan kekuatan bahasa. Di sinilah lahirnya Projek Pemerkasaan Makmal STEM-Maker yang kini melibatkan 12 buah sekolah rendah di Daerah Sepang, sebagai satu ikhtiar strategik mendekatkan kanakkanak kepada sains, teknologi dan inovasi melalui bahasa yang mereka fahami, kuasai dan raikan. Projek ini diterajui oleh Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan kerjasama Ignitive Minds PLT dan ISTEM Services. Matlamatnya bukan sekadar memperkenalkan peralatan atau modul, tetapi membudayakan pemikiran dan rasa ingin tahu pelajar terhadap STEM melalui pendekatan bersepadu yang kreatif, kolaboratif dan kontekstual.